Sabtu, 14 November 2009

rAhSiA tArIKh lAHiR


Contoh:12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)


Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.- Mereka tidak suka bersendirian.-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.- Mereka sangat popular dan idealistik.- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik (me)
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.- Mereka suka seni musik.- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.- Mereka sangat suka berahsia.- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian (Mr.H)
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon- (My Baby)
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.- Mereka sangat penyayang dan pemurah.- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...